Wednesday 2 July 2008

Kebenaran Membina Sebuah Masjid di Bandar Seri Putra dari JAIS - 14 Jun 2008

Sumber: Facebook Page Masjid Al-Mustaqim BSP

Alhamdulillah....

Akhirnya pihak JAIS melalui surat bertarikh 14 Jun 2008 telah memberi kebenaran untuk membina sebuah masjid di Bandar Seri Putra di lokasi seperti yang telah dirancangkan dulu. 

Sehubungan itu satu mesyuarat akan dijalankan dengan butir-butir berikut:
  • Tarikh:   6 Julai 2008
  • Tempat: Dewan Serbaguna di Vista Seri Putra
  • Masa:    9:00 pagi hingga 1 tengahari
Agenda utama mesyuarat adalah untuk melantik Ahli Penaja bagi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Seri Putra di kalangan penduduk Bandar Seri Putra. 
Sesi 'brainstorming' juga akan dilakukan berkenaan bagaimana untuk mencari dana bagi pembinaan masjid kerana JAIS tidak menyalurkan peruntukan kepada kita.

Semua Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Skim Perumahan & Surau-surau di Bandar Seri Putra dijemput hadir ke mesyuarat ini.

Pengerusi Surau Al-Mustaqim

Vista Seri Putra
b/p Sekretariat Pembinaan Masjid 
Bandar Seri Putra

Attachment: Surat Kebenaran Membina Sebuah Masjid di Bandar Seri Putra dari JAIS bertarikh 14 Jun 2008