Assalamu alaikum wr wb wm.
Saudara/saudari sekelian,
Syukur
ke hadrat Allah S.W.T yang telah merestui penduduk untuk membina sebuah
masjid bagi menampung keperluan beribadat dan juga mewujudkan pusat
tumpuan umat Islam di Bandar Seri Putra.
Masjid yang diberi nama Masjid
Al-Mustaqim ini akan dibina di tapak yang telah disediakan oleh pemaju
Bandar Seri Putra seluas 3.6 ekar. Pembinaan masjid ini dianggarkan
memerlukan kos sebanyak RM6 juta.
Oleh kerana tiada peruntukan
yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat, Ahli
Jawatankuasa Pembinaan Masjid mengambil initiatif untuk mengumpul dana
ini. Kebenaran dari jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah
diperolehi.
Pelbagai kaedah sedang diusahakan untuk mengumpul dana ini
termasuklah mengedarkan tabung ke masjid-masjid berhampiran, kutipan
derma dari syarikat-syarikat perniagaan dan derma secara ón-line'. Namun
setakat ini ianya hanya menyumbang kepada peratusan yang agak kecil.
Justeru
itu, AJK memohon penduduk Bandar Seri Putra bersama-sama menghulur
bantuan sedaya mungkin untuk menjayakan matlamat mengumpul dana ini.
Secara perkiraan, dana sebanyak RM6 juta mampu dikumpul dalam masa hanya
20 bulan, yang mana Bandar Seri Putra mempunyai penduduk melebihi 6,000
keluarga. Sekiranya setiap keluarga menderma hanya RM50 sebulan selama
20 bulan, maka matlamat kita akan tercapai InsyaAllah.
Sumbangan
bolehlah dibuat di atas nama Masjid Al-Mustaqim atau bank-in terus ke
akaun Maybank Islamic no. akaun:5628 3450 4024. Dapatkan kupon RM10, RM50 dan RM100 (sebagai resit wakaf/derma) dari pegawai-pegawai yang dilantik.
Semoga niat dan usaha
kita diberkati Allah S.W.T.
Terima kasih.
Ahmad Yusof
b/p AJK Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
Masjid yang diberi nama Masjid Bandar Seri Putra ini dibina di tapak yang telah disediakan oleh pemaju Bandar Seri Putra seluas 3.6 ekar. Masjid Bandar Seri Putra bakal menjadi masjid PERTAMA yang dibina di Selangor menggunakan dana yang majoritinya diperolehi daripada sumbangan amal derma, waqaf & zakat; dan diuruskan (projek pembinaan & operasi) SEPENUHNYA oleh anggota komuniti Bandar Seri Putra.
Monday, 7 September 2009
Monday, 20 April 2009
JK Bina Masjid BSP Mendapat Kelulusan MAIS Untuk Kutip Derma - Disember 2008
Sumber: Facebook Page Masjid Al-Mustaqim BSP |
Alhamdulillah JK Bina Masjid BSP telah dapat kelulusan dari MAIS untuk kutip sumbangan bagi bina sebuah masjid - Rujuk Surat Lanjutan Kebenaran Memungut Khairat/Derma dari MAIS di atas.
Sesiapa yang minat boleh dapatkan kupon RM10, RM50 dan RM100 dari pegawai-pegawai yang dilantik atau bank-in terus ke akaun Maybank Islamic No. 562834-504024.
Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan Mazlan Ismail 019-621xxxx atau Ahmad Nizam 019-246xxxx.
Sekian terima kasih.
Ahmad Yusof
b/p Jawatankuasa Bina Masjid
Bandar Seri Putra
Iklan di SINI
Attachment: Senarai penama-penama yang diberi kebenaran memungut Khairat/Derma oleh MAIS
Subscribe to:
Posts (Atom)