Thursday 15 December 2011

Kelulusan LHDN (Pengecualian Cukai) untuk Tabung Pembinaan Masjid - 8 Disember 2011

Sumber: Facebook Page Masjid Al-Mustaqim BSP
 Assalamualaikum Semua,

JK Pembinaan memanjatkan Syukur Alhamdulillah di atas limpah kurniaNya...

Di atas usaha kuat YBhg Datuk Saian, Masjid Al-Mustaqim BSP berjaya mendapatkan Surat Pelepasan Cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berkuatkuasa pada 15hb Disember 2011 sehingga 14hb Disember 2014 (tempoh 3 tahun)


Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dikeluarkan oleh LHDN kepada Tabungwang Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP melalui surat bertarikh 8 Disember 2011.

Resit rasmi boleh didapati daripada Bendahari (sdr Ahmad Nizam tel: 019-246xxxx) atau daripada Setiausaha (Tn. Hj. Anwar tel: 019-885xxxx) dengan membawa maklumat dan item berikut:
  • Nama penderma
  • Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
  • Alamat penuh penderma (HANYA UNTUK sumbangan RM5,000.00 ke atas)
  • Wang tunai/Slip bank-in ke dalam akaun Masjid Al-Mustaqim
Tolong war-warkan kepada sahabat, kenalan, para jemaah di surau, rakan sekerja, serta penduduk BSP mengenai perkara ini supaya kita akan mendapat sumbangan yang lebih banyak bagi merealisasikan hasrat kita untuk melihat sebuah masjid di BSP dibina.

Walau bagaimanapun, Setiausaha akan berada di luar kawasan mulai esok selama seminggu.

Sekian, wassalam.

Yang Menjalankan Tugas,
 

MOHD ANWAR KHAN
Setiausaha

Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


Attachment: Surat Pemberitahuan berkenaan Kelulusan Pelepasan Cukai LHDN oleh Pengerusi JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Sumber: Facebook Page Masjid Al-Mustaqim BSP




Monday 14 November 2011

Dana Tabung Pembinaan Masjid Bulan - Oktober 2011 - Jumlah Mencecah RM 1 juta

Sumber: Facebook Page Masjid Al-Mustaqim BSP
Dana terkumpul kini mencecah RM1,022,108.03 (RM1.022 juta).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-27 pada 11 November 2011 bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Oktober 2011 = RM48,414.52
  • bulan September 2011 = RM33,316.83 UPDATED
Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berjaya mencapai Sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011.

JK Kecil Teknikal telah melaporkan bahawa kelulusan pelan dari MPKj secara rasmi akan diperolehi dalam sedikit masa lagi. Pada dasarnya pelan yang dihantar sudah diluluskan. InsyaAllah, perancangan pembinaan akan berjalan seperti dijadualkan pada dua peringkat.
  • Peringkat pertama, kerja-kerja ‘piling’ akan bermula pada awal tahun depan
  • Peringkat kedua, pembinaan struktur akan dijalankan kemudian
Pemilihan kontraktor yang ‘mesra’ (kontraktor yang faham dengan kedudukan kewangan masjid) akan dikenalpasti bagi melicinkan kerja-kerja pembinaan nanti.  Adalah menjadi hasrat Pengerusi dan jawatan kuasa keseluruhannya supaya pembinaan masjid nanti berjalan dengan baik, insyaAllah.

Pengerusi juga menerangkan bahawa JK Pembinaan kini sedang berusaha supaya proses gazet dipercepatkan untuk mendapat pelepasan cukai daripada LHDN. Setelah mendapat surat kelulusan pelepasan cukai daripada LHDN nanti, JK Pembinaan akan menghantar surat rayuan derma kepada syarikat-syarikat dan badan-badan korporat untuk menambah dana dalam tabung pembinaan supaya kerja-kerja pembinaan yang dirancang dapat berjalan tanpa masalah 'kekeringan dana'.

Pada mesyuarat tersebut juga, Encik Zulkifly Garib, Pengarah Operasi UMLand (wakil pemaju) mencadangkan supaya pelan masjid dibuat secara modular memandangkan kedudukan kewangan masjid yang ada sekarang. Dengan cara ini pembinaan dibuat mengikut fasa. Jika kewangan mengizinkan kerja pembinaan dapat disiapkan keseluruhannya. Ini untuk mengelak daripada kerja-kerja terbengkalai, yang akan menggambarkan satu ‘image’ yang kurang elok, bukan hanya kepada Jawatankuasa Masjid, tetapi juga kepada pemaju.

Dengan mengambil kira pandangan wakil pemaju (yang lebih berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan dan kos-kos terlibat), Jawatankuasa memutuskan supaya kerja tender yang telah dirancangkan tersebut ditangguhkan dulu buat sementara sehingga Jawatankuasa berasa selesa dengan dana yang ada. Keputusan ini akan dinilai semula bergantung kepada trend/pola wang masuk pungutan dana setelah surat pelepasan cukai daripada LHDN diperolehi dan surat rayuan telah dihantar.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..


Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra