Thursday 15 December 2011

Kelulusan LHDN (Pengecualian Cukai) untuk Tabung Pembinaan Masjid - 8 Disember 2011

Sumber: Facebook Page Masjid Al-Mustaqim BSP
 Assalamualaikum Semua,

JK Pembinaan memanjatkan Syukur Alhamdulillah di atas limpah kurniaNya...

Di atas usaha kuat YBhg Datuk Saian, Masjid Al-Mustaqim BSP berjaya mendapatkan Surat Pelepasan Cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berkuatkuasa pada 15hb Disember 2011 sehingga 14hb Disember 2014 (tempoh 3 tahun)


Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dikeluarkan oleh LHDN kepada Tabungwang Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP melalui surat bertarikh 8 Disember 2011.

Resit rasmi boleh didapati daripada Bendahari (sdr Ahmad Nizam tel: 019-246xxxx) atau daripada Setiausaha (Tn. Hj. Anwar tel: 019-885xxxx) dengan membawa maklumat dan item berikut:
  • Nama penderma
  • Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
  • Alamat penuh penderma (HANYA UNTUK sumbangan RM5,000.00 ke atas)
  • Wang tunai/Slip bank-in ke dalam akaun Masjid Al-Mustaqim
Tolong war-warkan kepada sahabat, kenalan, para jemaah di surau, rakan sekerja, serta penduduk BSP mengenai perkara ini supaya kita akan mendapat sumbangan yang lebih banyak bagi merealisasikan hasrat kita untuk melihat sebuah masjid di BSP dibina.

Walau bagaimanapun, Setiausaha akan berada di luar kawasan mulai esok selama seminggu.

Sekian, wassalam.

Yang Menjalankan Tugas,
 

MOHD ANWAR KHAN
Setiausaha

Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


Attachment: Surat Pemberitahuan berkenaan Kelulusan Pelepasan Cukai LHDN oleh Pengerusi JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Sumber: Facebook Page Masjid Al-Mustaqim BSP