Wednesday 28 November 2012

Lakaran Perspektif Masjid - original Mac 2010 - UPDATED Nov 2012




Lukisan Perspektif Masjid Al-Mustaqim berdasarkan pelan bangunan yang telah diluluskan oleh MPKj


UPDATED: Semua Perunding Projek (Arkitek, Structural, Mechanical & Electrical, Ukur Bahan, Pengurusan Projek) bersetuju memberikan PERKHIDMATAN SECARA PERCUMA (Pro Bono) sepanjang projek pembinaan masjid.

Dikepilkan lukisan-lukisan yang dipetik dari Powerpoint Presentation yang dilakukan oleh Arkitek kepada JK Kecil Teknikal dan telah dibincangkan di dalam mesyuarat bulanan JK Pembinaan Masjid untuk ammendment. Pelan yang telah di-ammend masih dalam proses untuk disiapkan oleh pihak Arkitek.

Perlu ditegaskan di sini bahawa Arkitek yang dilantik bersetuju bekerja secara "BUAT DAHULU TANPA BAYARAN" untuk fasa permulaan ini (sehingga mendapat Kebenaran Merancang/Bangunan dari MPKj) just in case ada soalan tentang kriteria pemilihan arkitek yang dilantik. Ketika JK Kecil Teknikal mencadangkan Arkitek pada tahun lalu, Tabung Dana Pembinaan Masjid masih tidak mencukupi untuk membayar Fee Perkhidmatan Minima 5.0%++ kepada Arkitek. (Rujuk http://www.lam.gov.my/download/newlamform/scaleminfees.pdf - mukasurat 10 - Kategori 2)

Monday 15 October 2012

Kerja-kerja Fasa 1 Pembinaan (Cerucuk) Selesai


JK Pembinaan dimaklumkan kerja-kerja cerucuk sudah siap pada 15hb Oktober 2012 dan telah dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan kali ke-35 pada 19 Okt 2012.

JK Kecil Teknikal juga memaklumkan bahawa dokumen tender untuk Fasa 2, yakni pembinaan bangunan masjid, akan disiapkan secepat mungkin insyaAllah.

 
Barisan cerucuk (piling) yang telah ditanam
 
 Billboard gergasi status kutipan derma Tabung Pembinaan di simpang ke SRA-BSP

Pemasangan 4 buah billboard di empat lokasi yang strategik di BSP telahpun dijalankan pada Jumaat, 5hb Oktober 2012. Billboard-billboard tersebut adalah sumbangan kontraktor yang telah diamanahkan untuk membina sebuah billboard gergasi yang dibina di tapak masjid pada hari Selasa, 9hb Oktober 2012.

Sumber gambar - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.387498341306356.87331.120427501346776&type=1

Sunday 5 August 2012

Majlis Penyerahan Cek RM1 juta daripada Jabatan Perdana Menteri

Jabatan Perdana Menteri telah bersetuju menyerahkan cek sumbangan untuk pembinaan Masjid Al-Mustaqim sebanyak RM1 juta pada Hari Ahad, 5hb Ogos yang lalu bertempat di Dewan Vista Seri Putra, bermula jam 6.15 petang.

Penyelaras DUN Bangi Merangkap Ketua UMNO Bahagian Serdang, Datuk Fathil telah hadir untuk menyempurnakan majlis tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada ahli kariah yang hadir dan marilah kita semua berdoa semoga Allah memudahkan lagi usaha kita untuk membina masjid ini.. Amin

Aturcara Majlis

6.15pm - Ketibaan Para Jemputan
6.30
pm - Kata Alu-Aluan Juruacara (Ustaz Nushi)
          
  - Ucapan Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan, Pengerusi JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
           
- Upacara Penyerahan Cek daripada YBhg Datuk Hj Mohd Fathil bin Daud,
              Penyelaras DUN Bangi merangkap Ketua UMNO Bhg. Serdang kepada 
              Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan, Pengerusi JK Pembinaan Masjid
           
- Doa (Ustaz Nushi)
7.30
pm - Majlis Berbuka Puasa
7.45
pm - Solat Maghrib (di Surau Al-Mustaqim, Vista Seri Putra)
            - Jamuan Makan Malam
             (Selepas Makan Malam hadirin menunaikan Solat Isyak dan Solat Terawih 

              di Surau Al-Mustaqim, Vista Seri Putra.)

Gambar-gambar sekitar majlis tersebut boleh di lihat di sini - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.414650728591117.93152.120427501346776&type=1

Disertakan juga keratan akhbar Utusan Malaysia hari ini (7 Ogos 2012) yang melaporkan majlis tersebut. Terima kasih diucapkan kepada sahabat kita (warga Princeton BSP) dari Utusan Malaysia di atas laporan ini.


 

Tuesday 26 June 2012

Kerja-kerja Fasa 1 Pembinaan (Cerucuk) Bermula

26 Jun 2012 - Kontraktor Kerja-kerja Fasa 1 Pembinaan (Cerucuk) Masjid Al-Mustaqim BSP sudah mula masuk ke tapak masjid.
  • Beberapa buah lori treler membawa besi cerucuk masuk ke simpang SRA-BSP.
  • Ada sebuah kren besar menanti di jalan tapak pasar malam, agaknya untuk mengangkat besi-besi tersebut ke dalam tapak masjid.
  • (Update 3:30pm dari Forumer PMC) Tiang-tiang cerucuk telah diturunkan.
 
Access Road ke tapak pembinaan
 
Kelihatan backhoe sedang membersihkan tapak.
 
Batang besi cerucuk sedia tersusun, kelihatan sebahagian tapak telah dibersihkan.

Saturday 9 June 2012

Majlis Doa Selamat, Menentukan Arah Kiblat & Serah Kontrak Cerucuk

Assalamualaikum Semua,

Dengan bersaksikan Pengerusi-pengerusi Skim di BSP dan ahli-ahli kariah yang hadir, sukacita dimaklumkan bahawa MAJLIS DOA SELAMAT telah diadakan di TAPAK MASJID bermula jam 10.00 pagi pada HARI SABTU, 9hb Jun 2012.

Aturcara bermula 10.00 pagi:

  • Ketibaan Para Jemputan
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Pengerusi Pengelola
  • Ukur Halus bagi Menetapkan Arah Kiblat (untuk disahkan oleh pegawai dari Pejabat Mufti Negeri Selangor)
  • Penyerahan Surat Tawaran Kerja-kerja Fasa 1 Pembinaan (Cerucuk) kepada kontraktor yang dilantik
  • Jamuan
Pengesahan Kerja2 Ukur Halus Penentuan Arah Kiblat telah juga dibuat oleh pegawai dari Pejabat Mufti Negeri Selangor.

Ahli Kariah meneliti Lukisan Pelan Binaan Masjid

Pegawai dari Pejabat Mufti Negeri Selangor meninjau kerja-kerja ukur halus untuk Penetapan Arah Kiblat

Ustaz Abdullah, Pegawai Pejabat Mufti Negeri Selangor menunjukkan arah Kiblat yang betul yang telah diukur halus mengikut darjah, minit dan saat

Dr. Abd. Rahman Pengerusi JK Pembinaan menandatangani Borang Pejabat Mufti Selangor (Penetapan Arah Kiblat)

Penyerahan Surat Tawaran Kerja2 Cerucuk kepada Kontraktor yang dilantik (Norwest Holding Sdn Bhd) - turut kelihatan Dato' Zakaria (Pengerusi Pengelola Majlis) dan Ustaz Nushi (selaku MC, Pembaca Doa dan Wakil PPBSP)

Gambar-gambar lain boleh di lihat di sini - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.387499411306249.87332.120427501346776&type=3