Thursday 13 June 2013

Majlis Penyerahan Sumbangan RM1 juta oleh UMLand Bhd - 13 Jun 2013

Majlis Penyerahan sumbangan berjumlah RM1 juta oleh UM Land (syarikat induk pemaju Bandar Seri Putra) telah selamat dilangsungkan di Pejabat Korporat UMLand, Suasana Bukit Ceylon, Jalan Raja Chulan

Tarikh : 13hb Jun 2013 (Hari Khamis)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : UMLAND Event Hall

Penyerahan “Mock Cheque" disempurnakan oleh En. Zulkifli Garib, Pengarah Operasi UM Land kepada Dr. Abd. Rahman Hasan, Pengerusi JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim. Turut hadir ke majlis tersebut Ir. Hj. Zakaria Kemas Salleh, Ketua JK Kecil Teknikal.

Dengan sumbangan dan sokongan dari pemaju ini, maka warga Bandar Seri Putra telah maju selangkah lagi dalam merealisasikan pembinaan sebuah masjid bagi Kariah BSP di sini. InsyaAllah.
Disertakan juga keratan akhbar Utusan Malaysia (Jumaat 14 Jun2013) yang melaporkan majlis tersebut. Terima kasih diucapkan kepada sahabat kita (warga Princeton BSP) dari Utusan Malaysia di atas laporan ini.
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra 


Sumber Gambar: Facebook UMLand - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.529945970388710.1073741837.364562076927101&type=1

Friday 15 March 2013

Majlis Doa Selamat, Solat Hajat dan Penyerahan Surat Tawaran Membina Masjid Al-Mustaqim


Pada 15 Mac 2013 yang lalu berlangsungnya Majlis Doa Selamat, Solat Hajat dan Penyerahan Surat Tawaran Membina Masjid Al-Mustaqim kepada kontraktor yang dilantik.
Majlis berlangsung di Surau Assyakirin Bandar Seri Putra dengan disaksikan penduduk Bandar Seri Putra yang hadir.

Turut sama ke majlis tersebut adalah Dr. Abdul Rahman Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid; Dato' Zakaria Husain, Pengerusi Dana; Tn.Hj. Anwar Khan, Setiausaha dan Ir Hj Zakaria K Salleh, Pengerusi Teknikal dan barisan Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid yang lain.

Solat Hajat yang dijalankan selepas Solat Maghrib diketuai oleh Ustaz Dr. Zulkifli Hj. Aini selaku imam surau tersebut.



Dr. Abdul Rahman Hasan dalam ucapan beliau menyeru penduduk untuk bersama-sama menyokong usaha bagi merealisasikan terbinanya masjid itu kelak.

Ujar beliau, Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim masih perlukan sejumlah kira-kira RM3 juta lagi untuk menampung kos pembinaan masjid berkapasiti 3,000 jemaah pada satu-satu masa yang menelan belanja kira-kira RM7.5 juta.

Kata beliau lagi, Bandar Seri Putra kini mempunyai lebih 4,000 kediaman dan jika setiap kediaman menyumbang secara terus-menerus dengan jumlah sekecil RM100 sebulan, baki yang diperlukan akan dapat diperolehi dalam masa setahun.

Adalah diharapkan dengan bermulanya kerja-kerja pembinaan di tapak masjid itu nanti akan lebih meyakinkan penduduk bahawa masjid yang diinginkan akan dibina seterusnya membuka hati mereka untuk terus menyumbang ke dalam Tabung Pembinaan Masjid.

Dr. Abdul Rahman juga merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang, terutama kepada barisan perunding teknikal pembinaan (arkitek, civil, M&E, QS) yang telah sudi memberikan khidmat tanpa mengenakan bayaran kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid.

Kemuncak majlis merupakan penyerahan Surat Tawaran Membina Masjid Al-Mustaqim kepada wakil syarikat GabungMas Sdn. Bhd. yang disempurnakan oleh Dr. Abdul Rahman Hasan. Syarikat tersebut merupakan petender yang berjaya dalam tender yang telah dijalankan sebelum ini.

Kontraktor telah bersetuju untuk menyiapkan binaan masjid dalam tempoh 15 bulan.

Sumbangan untuk Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim adalah dialu-alukan dan semua wang yang didermakan akan mendapat pelepasan cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun-akaun berikut:
Nama Akaun: MASJID AL-MUSTAQIM 
  • Maybank Islamic : 5628 3450 4024
  • CIMB Islamic : 12 3700 006 081 08
  • Bank Islam : 1202 9010 0595 85
  • BSN  : 1016 041 0000 98234

Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 atau scan dan email ke anwarkhn50@gmail.com. Maklumat lanjut dan perkembangan terkini boleh didapati dengan melayari http://www.facebook.com/MasjidBSP
Gambar-gambar sekitar Majlis Doa Selamat, Solat Hajat dan Penyerahan Surat Tawaran Fasa 2 Pembinaan boleh dilihat di FB Page Masjid - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.517282334994622.1073741825.120427501346776&type=3