Thursday 18 December 2014

Kursus Haji oleh Dato Daud Che Ngah di Masjid Al-Mustaqim BSP

JK Pengurusan Masjid Al-Mustaqim dengan penuh besar hati MENJEMPUT SEMUA untuk MENDAFTAR menyertai Kursus Haji di Masjid Al-Mustaqim BSP yang akan dikendalikan oleh YBhg Dato' Daud Che Ngah.

KURSUS HAJI AKAN BERMULA PADA 18 JANUARI 2015. Butir-butir kursus:

  • Lokasi: Masjid Al-Mustaqim BSP
  • Tarikh: Setiap Hari Ahad (malam Isnin)
  • Waktu: 9:00-10:00 malam
  • Jangkamasa: 16 siri ceramah (16 minggu)
  • Bayaran: RM100 - termasuk Buku Panduan Haji lengkap & jamuan ringan selepas ceramah
Bersama ini disertakan Borang Kursus Haji untuk tuan/puan download dan isi - [download Borang Kursus Haji] Borang ini juga boleh didapati dari pejabat masjid.

Borang yang lengkap diisi berserta bayaran Kursus Haji hendaklah diserah kepada ahli sekretariat yang dilantik supaya resit rasmi masjid dapat diberi sebagai pengesahan, iaitu:
- Hj Mohd Anwar Khan/ Setiausaha (Tel: 019-8852321)
- Hj Mohd Ali Abdullah/ Bilal (Tel: 013-3513747)
- En. Azock Nassar / AJK (Tel: 012-2195909)
- Hjh Faridah Musa / Muslimah (Tel: 019-2358614)

Pegawai Penerangan
JK Pengurusan (PRO TEM) Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra

Wednesday 12 November 2014

Pengurusan Masjid: Download Borang

HEBAHAN @ PERKONGSIAN makluman berkaitan pengurusan masjid.
 
  
Kepada sesiapa yang berhajat untuk menggunakan kemudahan masjid (dewan suffah, dewan kuliah dll) dan mengadakan tahlil (malam Jumaat) di masjid, anda boleh mengisi borang-borang yang tersedia boleh didapati di masjid atau dari Setiausaha (emel anwarkhn50@gmail.com ) atau DOWNLOAD Borang-borang berikut di sini:
Penggunaan borang adalah sebagai cara untuk merekod aktiviti yang dijalankan di masjid oleh ahli kariah.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan/Pengurusan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra

Tuesday 11 November 2014

Papan Notis: Kutipan Bulanan Tabung Masjid - Oktober 2014

Sumber: Facebook Page Masjid Al-Mustaqim BSP
BAGI BULAN OKTOBER 2014, JUMLAH DIKUTIP = RM80,512.60, pecahannya seperti berikut:
  • --> Wang Pengurusan = RM44,819.55
  • --> Wang Pembinaan = RM35,693.05 *
* Telah dimasukkan dalam akaun Tabung Pembinaan dan dilaporkan dalam Graf Sumbangan & Perbelanjaan (31 Okt 2014).

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan/Pengurusan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra

Dana Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - 31 Okt 2014

Sumber: Facebook Page Masjid Al-Mustaqim BSP

Dana terkumpul kini mencecah RM9,354,402.20 1 (setakat 31 Okt 2014) daripada kira-kira RM10,500,000.00 * 2  (RM9.5 juta + RM 1 juta) yang diperlukan untuk menampung kos penyempurnaan * Kompleks Masjid Al-Mustaqim BSP.

Setiausaha melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan/Pengurusan ke-60 pada 7 Nov 2014 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
  • bulan Okt 2014 = RM136,777.26
  • bulan Sept 2014 = RM648,279.16   UPDATED
  • bulan Ogos 2014 = RM154,353.50
Alhamdulillah, jumlah pungutan sudah MENDEKATI SASARAN yang diperlukan TERIMA KASIH KEPADA PENDERMA/PENYUMBANG.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM1,145,597.80* lagi (termasuk kuarters).


Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan (Rumah Pegawai) Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha semua warga Bandar Seri Putra ke arah memperkasakan Syiar Islam dalam kariah kita.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan/Pengurusan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


1. RM9,500,000.00 - MASJID *
2. RM1,000,000.00 - KUARTERS (6 unit rumah + 4 unit Apartmen Studio)
* Perkiraan semula mengambil kira kos pembinaan & kerja-kerja tambahan/fakad (V.O./facade) termasuk kelengkapan untuk operasi harian masjid.


Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)

Salinan Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini -
 Kelulusan LHDN (Pengecualian Cukai) untuk Tabung Pembinaan Masjid - 8 Disember 2011

JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda. 

Wednesday 5 November 2014

Upacara Ringkas Serah Kunci Masjid (Handover)


Sebentar tadi pada 5 Nov 2014, berlangsung Mesyuarat Tapak buat kali terakhir bagi pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP. Mesyuarat telah dihadiri AJK Pembinaan/Pengurusan masjid, para Perunding, Kontraktor dan Pembekal serta Pegawai Masjid. 
Di akhir perjumpaan, telah dilangsungkan Upacara Ringkas Penyerahan Kunci Masjid oleh Kontraktor Gabungmas kepada JK Pembinaan/Pengurusan Masjid yang diwakili oleh Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan dengan disaksikan semua yang hadir.
JK Pembinaan/Pengurusan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama kepada para Perunding yang telah sukarela memberikan KOMITMEN SECARA PERCUMA sejak dari mula lagi dan Kontraktor Gabungmas atas kecekalan menyiapkan pembinaan masjid kita ini.
Maka, mulai hari ini bermulalah TANGGUNGJAWAB KITA bagi menjaga fasiliti & infrastruktur dan mengekalkan keindahan masjid kita ini bersama-sama.

Sunday 30 March 2014

MAJLIS MELETAK BATU TANDA DI TAPAK MASJID AL-MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA



Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perletakan Batu Tanda Masjid Al-Mustaqim telah berlangsung seperti berikut:

Tarikh :  Ahad, 30hb Mac 2014
Waktu :  9.00 pagi
Tempat : Tapak Masjid Al-Mustaqim

Jemputan ke majlis tersebut merangkumi AJK Pembinaan, para Perunding Projek, Pengerusi Persatuan Penduduk & Pengerusi Skim dan Surau dan mereka juga telah dipelawa untuk upacara Meletak Batu Tanda pembinaan masjid kita ini. 

Turut hadir adalah YBhg Ustaz Nushi Mahfodz, Ahli Majlis MPKj Zon 23 (juga memangku Zon 24). Hadirin juga telah dibawa melawat bangunan masjid dan diberi penerangan tentang pembinaan yang sedang berjalan.
Dalam ucapannya, Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan selaku Pengerusi JK Pembinaan Masjid menyatakan bahawa majlis ini diadakan bagi memberi peluang semua wakil penduduk & wakil surau untuk melihat sendiri kemajuan projek pembinaan dan untuk bersama-sama (secara simboliknya) meletakkan batu tanda pada bangunan masjid itu sendiri. Beliau juga telah mengimbau kembali usaha untuk mendirikan masjid ini dari permulaannya pada tahun 2008, milestone-milestone utama sehinggalah ke status terkini pembinaan yang kini 70 peratus siap. 
Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan juga merakamkan perhargaan kepada penyumbang terbesar iaitu pemaju Bangi Heights dan Jabatan Perdana Menteri, masing-masing di atas sumbangan RM1 juta yang telah disalurkan ke Tabung Pembinaan. Penghargaan juga telah beliau berikan kepada semua perunding, penduduk dan AJK yang telah memberikan tenaga dan wang ringgit mereka dalam merealisasikan sehingga terbinanya bangunan Masjid ini. Beliau juga berharap masjid ini akan menjadi mercu penyatuan masyarakat Bandar Seri Putra apabila ia siap nanti.
Dalam taklimatnya, Dato' Zakaria Husain selaku Tim. Pengerusi JK Pembinaan (merangkap Ketua Dana) menyeru penduduk untuk terus menyumbang ke Tabung Pembinaan kerana kita masih memerlukan kira-kira RM2 juta lagi. Beliau juga menerangkan bahawa kos tersebut merangkumi pembinaan 6 unit kuarters imam, bilal & siak masjid.
Dato' Zakaria juga mengambil kesempatan ini untuk memuji komitmen yang diberikan oleh penduduk BSP yang menyumbang secara tetap setiap bulan secara 'standing instruction' ke dalam Tabung Pembinaan. Beliau juga memberikan pujian dan penghargaan kepada para perunding projek atas ketekalan dan komitmen yang diberikan meskipun mereka bekerja dengan tiada imbuhan wang ringgit (pro bono).
Aturcara pada majlis berkenaan ialah:

9.00 pagi      -  Ketibaan AJK dan Para Jemputan
                     -  Alu-Aluan daripada pengacara
                     -  Bacaan Doa oleh Ustaz Syamsul Hakim
                     -  Ucapan Pengerusi JK Pembinaan Masjid - Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan
                     -  Taklimat daripada Timbalan Pengerusi JK Pembinaan Masjid - Dato' Zakaria Husain
                     -  Meletak Batu Tanda (oleh AJK Pembinaan, Para Perunding, Pengerusi PP 

                       & Pengerusi Skim dan Surau)
                     -  Jamuan
                     -  Lawatan ke Dalam Kawasan Masjid

Gambar-gambar ketika acara boleh dilihat di FB Page Masjid.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


Gambar lain: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.696672050388982.1073741840.120427501346776&type=1